Monday, April 5, 2010

Nombor-Nombor Yang Perlu Anda Ingat Jika Anda Seorang `Photographer'...

Sejak bermula era Pengimejan Digital, nombor-nombor standard dalam fotografi semakin dilupakan.. boleh dikatakan ramai tidak tahu nombor-nombor standard dalam fotografi.. pada era fotografi yang menggunakan filem nombor-nombor standard sudah berada di atas kamera dan setiap hari boleh melihat nombor berkenaan.. disini saya ingin berkongsi pengetahuan tentang nombor-nombor berikut :

ISO : 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, 6400,

Aperture : f/1, f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16, f/22, f/32, f/45, f/64, f/90, f/128,

Shutter : BULB, 30", 15", 8", 4", 2", 1", 2, 4, 8, 15, 30, 60, 125, 250, 500, 1000, 2000, 4000, 8000

untuk nombor shutter yang ada (") seperti 30", bermakna shutter dibuka selama 30 saat dan yang tiada tanda (") seperti 30, shutter akan dibuka selama 1/30 saat..
untuk setiap pergerakan dari satu no ke satu no yang lain dinamakan stop..

contoh :

pergerakan shutter speed dari 1/60 ke 1/250.. pengiraannya 2-stop under

pergerakan aperture f/16 ke f/5.6.. pengiraanya 3-stop over

pengiraan stop ini adalah istilah yang digunakan oleh photographer untuk memberitahu exposure sesuatu gambar.. contoh :

gambar satu subjek telah diambil dengan setting yang berikut : 

shutter : 1/60s
aperture : f/1.4
ISO : 800

gambar yang dihasilkan overexpose.. seorang photographer pro telah kritik gambar tersebut.. "Gambar ini over 3-stop" jadi, untuk tujuan reshoot subjek yang sama, kita perlu mengubah semula setting yang asal tadi.

shutter : 1/500s
aperture : f/1.4
ISO : 800
@
shutter : 1/60s
aperture : f/4
ISO : 800
@
shutter : 1/60s
aperture : f/4
ISO : 100
@
shutter : 1/125
aperture : f/2
ISO : 400

atau mana-mana kombinasi yang lain.. ini adalah contoh sahaja...

No comments: