Thursday, March 11, 2010

`Bokeh Learning'....

Kita selalu mendengar perkataan bokeh. tetapi apakah maksud bokeh sebenarnya?

Cara betul kita guna aperture yg besar, gunakan focal length yg besar, pastikan kita berada lebih rapat dgn subjek, rancangkan kedudukan subjek agar background berada lebih jauh ke belakang dan kalau nak lebih lagi bokeh, guna kamera yg saiz sensornya lebih besar.



Penggunaan bokeh cara betul &; separuh betul yg terlampau ada kesan sampingan kalau tidak digunakan secara berhati-hati. Ini kerana utk mendapatkan bokeh, kita kena bermain-main dengan depth of field yg terhad. Kalau shooting target tak betul, kita boleh berhadapan dgn masalah out of focus. Utk bilangan subjek melebihi satu, pastikan saiz depth of field merangkumi semua subjek. Tentukan koordinasi yg betul supaya semua subjek berada di dalam daerah depth of field. Kalau tak, ada kemungkinan subjek yg lain out of focus. Gunakan punat “Depth-of-Field Preview” utk memeriksa focus & bokeh sekilas pandang. Aktifkan fungsi “Flash Modelling” pada kamera kerana ia boleh membantu memberi cahaya ketika punat “Depth-of-Field Preview” ditekan.




Bokeh yang paling ideal, kemas dan "creamy" pada 200mm, f8. Walaupun pada f8, tetapi kerana lens cukup dekat dengan subjek, cukup tele, dan background jauh dari subjek, boleh kelihatan sangat smooth.

No comments: