Friday, December 2, 2011

Booking Tiket Airasia..

Kini booking tiket flight lebih senang menggunakan iphone atau android phone.
Download secara free Airasia.com application di itunes atau installous..

Pilih tarikh penerbangan dan semak harga jika bersesuaian..Pembayaran boleh dibuat menggunakan direct debit atau kad kredit.

Check in menggunakan QR code.Download di web atau iphone menggunakan mobile check in.Kemudian check email atau message di handphone untuk menerima QR code.

Atau jika ada masalah,boleh check in di Kaunter Airasia tetapi kena bayar surcharge RM 10..rugikan..tapi inilah strategi airasia nak mengaut untung.


Jika dah download QR code samada dalam email atau iphone,cari mesin ini untuk mengimbas(scan) QR code untuk daftar masuk dan print tiket penerbangan.Jimat RM 10 jika guna cara ini..

Scan QR code disini...Kemudian tiket akan keluar..


Tunggu di balai berlepas,sementara crew dan staff airasia cek kapalterbang untuk memastikan penerbangan selamat..Peringatan,bila berjalan menuju ke pesawat,tidak dibenarkan mengambil gambar..Untuk langkah keselamatan katanya...
Bila sudah ready,masuk dalam kapalterbang dan terbang....Perjalanan Labuan ke LCCT mengambil masa 2 jam 30 minit..

*selalu balik sorang ke semenanjung...takde orang teman...sapa sudi temankan?


Sekian,untuk entry kali ini..



Aplikasi Iphone


 
 



















Apa yang aku suka pasal iphone ni selepas `jailbreak` ni,bila berjaya download games..Bermacam-macam games dah download,tapi memandangkan IOS 3.2 jer,tak banyak games yang dapat main kat iphone ni..


Dah hampir setahun rupanya aku beli iphone 3G ni..walaupun agak ketinggalan model..(sekarang dah 4G),aku masih pakai iphone ni sebab masih elok dan tak rosak walaupun beli second hand!!

Kalau ada yg nak jual kat aku handset iphone 4,aku boleh consider nak beli atau tak..kalau jual murah2 atau harga kawan2,boleh beli ler...

Dalam proses upgrade.


Setelah beberapa berjaya kali menepis racun dari rakan untuk tukar kereta baru,akhirnya belum lagi teringin nak tukar kereta CBU..biarlah pakai kereta CKD ni dulu..lagipun tak pernah lagi kereta ni problem..

Perfomance masih lagi tiptop..kalau beli kereta baru tapi masih menanggung beban hutang yang tinggi pun masih tidak memuaskan hati jugak..Ukur baju di badan sendiri..


Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433m


Salam Maal Hijrah 1433m..
Semoga amalan kita diterima oleh Allah.



Friday, October 28, 2011

Iklan Semata-Mata..


Boleh try kalau berminat.....

Wednesday, October 26, 2011

Video Kawasaki Er6n 2012 dari Youtube.com


Saje kasi racun sikit...
Sapa berminat,boleh start menabung sekarang...

Kawasaki Er6n 2012..

Kali ni entry tidak melibatkan kamera.Keluar dari topik camera Nikon dll....
Kawasaki Er6n naked biked model 2012 adalah model ketiga setelah dilancarkan pada 2009..Untuk model 2012 ni,banyak perubahan yg dapat dilihat.


Antara perubahan ER6N model 2012:
  •  Head Lamp – lebih lebar dan lebih garang dari sebelum ini.
  •  Inner Fork cover - ‘fork’ mempunyai cover, mampu mengelak dari terkene serpihan baru, calar..dll.
  •  New Chasis – chasis yang baru..berbeza dgn model sebelum ini.
  •  Panel Meter – sedikit perubahan pada panel meter dan tempat kunci.
  •  Swing arm 
  •  Tail light 
  •  Seat 
  •  exhaust 
  •  Front Mudguard &amp
  • Tank

Ini gambaran model 2012..
Kaler available;Putih,hitam,kuning..
Harga: RM 34K

Berminat?-Booking lah....



[2012-Kawasaki-ER6nb-small%255B2%255D.jpg]

2012-Kawasaki-ER6nd-small

[2012-Kawasaki-ER6ne-small%255B2%255D.jpg]

Kredit to tayargolek.com
Klik sini untuk jengok blog.http://www.tayargolek.com/

Friday, August 26, 2011

Ucapan Raya Aidilfitri..

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin..

Tuesday, August 23, 2011

Janggal dan ganjil..

Permandangan biasa apabila datang ke labuan dan melihat corak pemilikan kereta disini..rata-ratanya memilih untuk memiliki kereta import yang mana harganya 33% lagi murah dari harga semenanjung.Kereta buatan negara atau kereta Proton jarang kelihatan kerana disini banyak pilihan.Amat terhina sekali apabila rakyat Malaysia sendiri menyatakan kereta Proton kelas ketiga disini.Sehinggakan `dealer showroom' disini mengatakan kereta Proton hanya layak pakai di semenanjung sahaja.

Tidaklah perlu menghina sekalipun Proton telah meningkatkan kualitinya.Jika anda mampu untuk membeli kereta import,terpulang pada anda.Tetapi janganlah sampai menghina kereta negara.Saya tidak mengatakan anda tidak patriotik,tapi itu duit anda. WTH...


*Berpijaklah pada bumi yang nyata.Ukur baju di badan sendiri...

Tuesday, August 9, 2011

Labuan...Tempat Kerja Baru...

Inilah pertama kali dalam masa 3 bulan aku update blog ni...sebab terlalu busy dengan komitmen lain..
Tahun 2011,merupakan tahun yg bermakna pada aku sebab cita-cita aku tercapai...aku merantau ke negeri orang untuk mencari rezeki..Jadilah aku seorang perantau dan terpaksa meninggalkan keluarga buat sementara waktu..


Aku mendapat peluang untuk bekerja di W.P Labuan di sebuah syarikat minyak..taklah besar mana sangat jawatannya sebab aku pun tak belajar tinggi..Bila dah bekerja disini,barulah aku tahu kenapa harga minyak mahal.Banyak proses rupanya..


Terpaksa lah aku menyewe kereta buruk ni..Sebulan RM 500.


haha..berapa banyak A kat plat kete ni..Ok,tunggu sambungan seterusnya...Nak berbuka puasa dah ni..

Tuesday, May 17, 2011

Normimihamiza & Raja Roswardi..14 Mei 2011..











Gambar Outdoor ini diambil di Teratak Za`Ba dan di  kampung Batu Kikir,Negeri Sembilan.
Terima Kasih kepada semua yang berikan kerjasama yang baik semasa sesi outdoor.

*klik pada gambar untuk lihat imej yg detail

Saturday, April 16, 2011

Sorry Kawan-kawan....

Disebabkan terlalu busy dengan assignment,keje syif,busy dengan family,maka blog ini tak dapat lah diupdatekan..tapi masih boleh dihubungi di facebook..search guna email desyna07@yahoo.com..

*gantung kamera sekejap untuk komitmen lain....

Thursday, February 10, 2011

Perlaburan Terbaik-Nikkor 35mm f1.8

                                                      
               Lens Nikkor 35mm f1.8 DX adalah sesuai dan fit bagi Body DSLR yg 
                mempunyai crop factor 1.5x...hasilnyer apabila diattach ke body DSLR yg                                       bukan full frame,akan menjadi 50mm fit to sensor..



                             Ini adalah contoh gambar yg diambil menggunakan 35mm...
                             Hasil yg sangat sharp dan bokeh jelas kelihatan..

Wednesday, February 9, 2011

Perkahwinan Muhammad Izwan 5 disember 2010

Tetamu VIP sudi menepung tawar kedua pengantin..

                             
Tetamu VIP-TYT Negeri Melaka.
Yg Dipertua Majlis Perbandaran Jasin dan Alor Gajah..

Makan Beradap..




Lambaian mesra seorang pemimpin..