Thursday, December 31, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010..

Assalammualaikum,..
Selamat Tinggal 2009,selamat datang 2010.
Semoga Tahun Baru Ini memberikan kita rezeki yg lebih,
semoga bertambah semangat untuk menjalani hari2 yg mendatang,
semoga panjang umur,murah rezeki..
Semoga kita dapat menunaikan azam baru.
Semoga kita memajukan diri..
Semoga Tahun 2010 memberikan cahaya baru dalam kehidupan.

*Tuhan tidak akan mengubah nasib manusia itu sendiri,melainkan manusia itu mengubah nasibnya sendiri...*

Friday, December 18, 2009

Facebook oh Facebook..

Kadang-kadang aku dah tak berapa faham sangat dengan format facebook yg terbaru ni..
kadang2 bukak FB ni sebab nak main game,email,posting gambar2 jer..

Sunday, December 6, 2009

Artikel-artikel fotografi dalam bahasa melayu yang berguna

Untuk memahami artikel fotografi dalam bahasa english amatlah susah.
Terdapat laman web.blog,forum yg menggunakan bahasa melayu yang sering saya layari...
Diantaranya ialah:
www.sawanila.com
www.adhadimohd.com
www.muhamadzayd.com
www.norizamsabran.com
www.duniafotografi.com
www.fototeacher.com
www.photoschool.com

Semua web,blog dan forum ini amat berguna kepada saya dan saya cadangkan kepada anda yang baru berjinak dalam dunia fotografi ini...

Saturday, December 5, 2009

Pentingkah IS atau VR pada Lensa?


Image stabilisation dan vibration reduction merupakan satu ciri penting yang semakin mendapat tempat untuk peminat DSLR. Apakah maksud terma terma ini?
Image stabilisation = penstabil imej  ; terma yang digunakan oleh canon
Vibration reduction = pengurang gegaran  ; terma yang digunakan oleh nikon.
Kedua terma ini membawa pengertian yang sama iaitu ia merupakan satu ciri untuk mengurangkan gambar yang kabur akibat pergerakan kamera, terutamanya apabila dipegang dengan tangan.

Cara ciri ini berfungsi adalah dengan mengesan pergerakan kamera melalui gyroscope dam seterusnya menggerakkan elemen di dalam kamera dengan sangat cepat untuk menimbal balik pergerakan kamera ini.
Kebiasanyaannya lensa dengan IS atau VR akan memberikan antara 2,3 atau 4 stop timbal balik. Ini bermakna, sekiranya anda memerlukan kelajuan katupan sebanyak 1/125 saat untuk mendapat sekeping foto yang sharp, VR atau IS akan memberikan anda sehingga 1/30 atau 1/15 atau mungkin 1/8 saat untuk mendapat sekeping gambar yang sharp.







www.adhadimohd.com

Friday, December 4, 2009


Rules of Third.
Subjek tidak diletakkan di tengah seperti kebiasaannya.
Alihkan subjek mengikut formula rules of third untuk mendapatkan gambar yg menarik.
Posted by Picasa


Graphic editting via picasa
Lens kotor dan berhabuk telah mencacatkan gambar..
Terdapat tompok-tompok di dalam gambar..ini boleh dihilangkan dengan mencuci lens menggunakan peralatan khas.Penggunaan 'dry box' adalah digalakkan untuk mengelakkan fungus di lens..
Posted by Picasa