Friday, August 26, 2011

Ucapan Raya Aidilfitri..

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin..

Tuesday, August 23, 2011

Janggal dan ganjil..

Permandangan biasa apabila datang ke labuan dan melihat corak pemilikan kereta disini..rata-ratanya memilih untuk memiliki kereta import yang mana harganya 33% lagi murah dari harga semenanjung.Kereta buatan negara atau kereta Proton jarang kelihatan kerana disini banyak pilihan.Amat terhina sekali apabila rakyat Malaysia sendiri menyatakan kereta Proton kelas ketiga disini.Sehinggakan `dealer showroom' disini mengatakan kereta Proton hanya layak pakai di semenanjung sahaja.

Tidaklah perlu menghina sekalipun Proton telah meningkatkan kualitinya.Jika anda mampu untuk membeli kereta import,terpulang pada anda.Tetapi janganlah sampai menghina kereta negara.Saya tidak mengatakan anda tidak patriotik,tapi itu duit anda. WTH...


*Berpijaklah pada bumi yang nyata.Ukur baju di badan sendiri...

Tuesday, August 9, 2011

Labuan...Tempat Kerja Baru...

Inilah pertama kali dalam masa 3 bulan aku update blog ni...sebab terlalu busy dengan komitmen lain..
Tahun 2011,merupakan tahun yg bermakna pada aku sebab cita-cita aku tercapai...aku merantau ke negeri orang untuk mencari rezeki..Jadilah aku seorang perantau dan terpaksa meninggalkan keluarga buat sementara waktu..


Aku mendapat peluang untuk bekerja di W.P Labuan di sebuah syarikat minyak..taklah besar mana sangat jawatannya sebab aku pun tak belajar tinggi..Bila dah bekerja disini,barulah aku tahu kenapa harga minyak mahal.Banyak proses rupanya..


Terpaksa lah aku menyewe kereta buruk ni..Sebulan RM 500.


haha..berapa banyak A kat plat kete ni..Ok,tunggu sambungan seterusnya...Nak berbuka puasa dah ni..