Thursday, April 19, 2012

Bye...bye..Labuan..

Selamat Tinggal Pulau Labuan,
Banyak pengalaman yg aku dapat disini,
Pengalaman pertama kerja swasta,
Pengalaman bekerja di syarikat saudagar minyak,
Pengalaman berkawan dengan bangsa lain selain cina dan india,
Pengalaman makan makanan yang mahal,
Pengalaman berkawan dengan bukan islam,
Pengalaman memandu kereta yang mahal2,
Pengalaman berkhidmat untuk komuniti..

Mungkin satu hari aku rindu untuk datang ke sini lagi.....



Selamat Tinggal Pulau Labuan
8/8/2011-28/4/2012...




Poster

Sambungan cerita Darah Tinggi,
Lepas perkara terjadi,
Baru management bukak mata,
Undang-undang baru nak kaji semula,
Cakap aku sebelum ni baru nak dengar,
Untuk kurangkan kos pampasan,
Baru percaya iceberg theory.

Segala poster ditampal,
Untuk memberi peringatan,
Dari berlaku kejadian.

Darah tinggi

Ada satu workers,
Collapse semasa buat kerja tgh panas,
Sempat dibawa ke hospital,
Admit ICU 3 hari,
Umur tak panjang mati di ICU,
Ceritanya tak habis disitu.

Company datang untuk siasat,
Mahu skip dari bayar pampasan,
Aku kena trace segala report,
Dari rekod medical dan segala-galanya,
Nasib baik semuanya masid valid,

Puncanya tekanan darah tinggi,
Defaulted dari ambil treatment,
Beri ubat dia tak makan,
Stok ubat tahun 2009 masih ada,
Ambil mudah pesanan Doktor,
Itu lah kesannya.




Aku dan Pekerja swasta..

Dalam company saudagar minyak ni,
Ramai pekerja2 kontrak yg bekerja makan gaji,
Berasal dari kaum iban,melanau,melayu sarawak,kelabit,bidayuh,kedayan sabah,dll,
Paling aku respect antara ramai-ramai ni,
Orang Iban yg berani mati,
Agi Idup Agi Ngelaban motto hidupnya,
Majoriti di Sabah Sarawak Kaum Iban,
Sama macam orang Kelantan Di Semenanjung,
Ada di mana-mana saja,

Helper,scaffholder,technician,General workers,
Semua orang iban sapu,
Budaya dan bahasa dia kadang-kadang pelik,
Biawak melintas pun dorang sapu,
Katanya makanan paling sedap.

Kalau suruh dia panjat,
Dialah hero nombor satu,
Tapi keberanian Iban mmg macam tu,
Aku respect dgn mereka ni,
Walaupun gaji sehari RM 30.


Tuesday, April 10, 2012

Aku dan motor buruk...

Dulu hidup aku memang susah,
Adik beradik ramai,
Terpaksa berkongsi dalam apa benda,
Keluarga aku tak mampu beli motorsikal,
Kalau nak pergi kemana-mana,
Menumpang kawan yang ada kenderaan saja.
Berbasikal atau menaiki kenderaan awam menjadi pilihan.

Atas berkat menyimpan duit elaun sewaktu hidup dizaman kolej,
Aku berjaya membeli sebijik motor tahun 2005,
Disaat kawan-kawan lain enjoy dengan duit elaun,
Akhirnya aku mampu membeli dengan ansuran setahun saja.
Masih menyimpan dan tak mungkin aku jual,
Kerana motor ni melambangkan kesusahan aku zaman dulu.
Walaupun insurans sudah 3rd party,

Kerana aku sedar,
Aku bukannya datang dari keluarga yang senang,
Tapi masih ada impian dan ada angan-angan,
Kalaulah aku mampu,
Akan ku beli motor ini..