Tuesday, April 10, 2012

Aku dan motor buruk...

Dulu hidup aku memang susah,
Adik beradik ramai,
Terpaksa berkongsi dalam apa benda,
Keluarga aku tak mampu beli motorsikal,
Kalau nak pergi kemana-mana,
Menumpang kawan yang ada kenderaan saja.
Berbasikal atau menaiki kenderaan awam menjadi pilihan.

Atas berkat menyimpan duit elaun sewaktu hidup dizaman kolej,
Aku berjaya membeli sebijik motor tahun 2005,
Disaat kawan-kawan lain enjoy dengan duit elaun,
Akhirnya aku mampu membeli dengan ansuran setahun saja.
Masih menyimpan dan tak mungkin aku jual,
Kerana motor ni melambangkan kesusahan aku zaman dulu.
Walaupun insurans sudah 3rd party,

Kerana aku sedar,
Aku bukannya datang dari keluarga yang senang,
Tapi masih ada impian dan ada angan-angan,
Kalaulah aku mampu,
Akan ku beli motor ini..



No comments: