Thursday, March 11, 2010

`Bokeh Learning'....

Kita selalu mendengar perkataan bokeh. tetapi apakah maksud bokeh sebenarnya?

Cara betul kita guna aperture yg besar, gunakan focal length yg besar, pastikan kita berada lebih rapat dgn subjek, rancangkan kedudukan subjek agar background berada lebih jauh ke belakang dan kalau nak lebih lagi bokeh, guna kamera yg saiz sensornya lebih besar.



Penggunaan bokeh cara betul &; separuh betul yg terlampau ada kesan sampingan kalau tidak digunakan secara berhati-hati. Ini kerana utk mendapatkan bokeh, kita kena bermain-main dengan depth of field yg terhad. Kalau shooting target tak betul, kita boleh berhadapan dgn masalah out of focus. Utk bilangan subjek melebihi satu, pastikan saiz depth of field merangkumi semua subjek. Tentukan koordinasi yg betul supaya semua subjek berada di dalam daerah depth of field. Kalau tak, ada kemungkinan subjek yg lain out of focus. Gunakan punat “Depth-of-Field Preview” utk memeriksa focus & bokeh sekilas pandang. Aktifkan fungsi “Flash Modelling” pada kamera kerana ia boleh membantu memberi cahaya ketika punat “Depth-of-Field Preview” ditekan.




Bokeh yang paling ideal, kemas dan "creamy" pada 200mm, f8. Walaupun pada f8, tetapi kerana lens cukup dekat dengan subjek, cukup tele, dan background jauh dari subjek, boleh kelihatan sangat smooth.

Wednesday, March 10, 2010

Outing 6 Mac 2010 @ Bukit Serindit..

Myiriscreation telah menganjurkan satu outing dan TT pada 6 mac 2010..Lokasi outing kali ini bertempat di Stadium Tun Fatimah di Bukit Serindit,Melaka..
Ahli myiris yg hadir ialah ajak,Bro moorsyidee,bro naimy,bro yus,Dr irfan  dan dibimbing oleh bro karim deraman..
Antara aktiviti pada hari itu ialah outdoor sessi bersama model Ika&Haziq..



aktiviti berhenti rehat pada 12.20noon untuk makan,rehat,solat dan disambung selepas itu dengan model menggayakan persalinan seterusnya..


Walaupun ditgh2 terik panas matahari,tapi model tetap beri komitmen...lokasi di atas jambatan taman di sekitar stadium tun fatimah....outing kali ini mengajar bagaimane mengawal I.S.A,iaitu ISO,Shutter,Aperture..
Gambar2 ini tidah melibatkan speedlight dan ediiting kerana proses pembelajaran kali ini hanya untuk memahami asas fotografi,memahami konsep `Bokeh`....



Penghargaan kepada pihak MBMB kerana menyediakan taman(ayat ngampu)..kepada Model ika& haziq,terima kasih kepada korang sbb beri komitmen yg tinggi sapanjang Outing ni...Thank you kepada bro karim,naimy,ajak,yus,syidee,dr irfan kerana menjayakan outing ni...korang mmg best...

Pengalaman Baru..

Pada hari ni( 10 Mac 2010),bertempat di Open U Melaka,aku dihantar berkursus selama 2 hari untuk belajar MS Excel..ape ke jadah semua ni..aku berfikir pada mulanya..Tapi sangat berguna ilmu ni pada aku..
Pembelajaran secara santai,penyampaian dalam bahasa melayu..


Hari ni aku banyak belajar perkara yang baru,berkaitan dengan validation,layout,statistic dan mcm2 ada...




terima kasih kepada pihak pengurusan,sumber manusia Hospital Melaka,OUM kerana penganjuran kursus ini...