Tuesday, July 20, 2010

Seharian Di Airport....

Arini aku ader urusan kat Airport KLIA...nak hantar barang2 ke satu tempat...dalam masa menunggu barang2 sampai,aku pun leka amik gambar...Ni antara gambar2 sempat diambil sebelum kene tegur dgn polis bantuan kat situ(sibuk je mamat polis tu)....




*Ada Pulak signboard mcm ni..Nasib baik takde kat KLIA..
Kalau ade,pening jugak pelancong luar datang Malaysia...

Dah Dekat Bulan Puasa Dah Ni.....

Sedar tak sedar dah tak lama dah nak sampai bulan ramadhan
Bulan Puasa ni banyak kenangan pada aku
Bila Bulan puasa zaman remaja,
banyak alasan nak ponteng puasa..
Bila bulan puasa,
banyak pulak aktiviti malam..
Orang solat terawih,kita makan kuih,
Lepas bersahur,tido dalam masjid,
main kejar2...
Tapi itu semua kenangan 7-8 tahun dulu..
Biarpun berlalu,kenangan tu tetap best...

*inilah tempat aku melepak dengan kawan2 waktu muda2 dulu...

Selepas World Cup...

Macam2 spekulasi bila pasukan pilihan kalah dalam World Cup....



Monday, July 12, 2010

Tempat Letak Handset Terbaru....Kat Malaysia Belum Ader Lagi...

Orang kat Malaysia jangan Jeles bila orang lain dah advance dari kita....Jangan nak memandai tiru aksi ni...buruk padahnya...Ni nama nya kreative tak bertempat.....Layan......


*kalaulah Fasha Sanda sanggup buat mcm ni kat Malaysia,mmg aku sanggup beli 70-200 f2.8...

Monday, July 5, 2010

Belajar Ilmu Fotografi Dengan Semua Orang.....

Dalam dunia fotografi,kita tidak boleh berkeseorangan dalam mencari ilmu fotografi..Ilmu fotografi boleh kita belajar dari blog,web,kursus,ebook,kawan2 dan sesiapa saje yang boleh mengajar kita..
Tapi aku berasa pelik dengan sesetengah orang yang kedekut ilmu fotografi ni.
mungkin mmg begitu caranya,biarkanlah..Tapi pada aku,jangan berasa malu untuk belajar ilmu fotografi dan jangan belagak bila kita dah tahu...Ilmu untuk dikongsi dan dihargai,kata2 cikgu aku masa sekolah dulu..
Inilah Sahabat aku yg sama2 belajar...


Patah Tumbuh Hilang Berganti....

Akhirnya penantian seminggu dua ini berakhir..Aku dapat merasai dan menikmati barangan ini....


Pada masa ni aku masih belajar transmisi Automatik sebab sebelum ini aku mmg dah biasa dengan Gear Manual...
Agak kekok pada mulanya,mungkin akan jadi expert nanti..
Disini ader serba sedikit info mengenai kenderaan ini...

Buatan Malaysia
(tak mampu beli kete import)
Enjin 1.6cc
No Plat Melaka.
Gear Automatik..
Bonet Besar Giler..
Belum Pun 1st Service Lagi..
Full Bodykit..
Cuba Teka,Kalau betul aku bawak pergi Jalan-jalan...

Sunday, July 4, 2010

Hobi dah bertambah.....

Semenjak join dalam bidang photography ni,membuatkan aku bertambah rajin layan Youtube,rajin download..
kalau dulu internet ni hanya untuk check email& FB jer...
Samalah jugak dalam bab2 kamera ni,,dulu aku minat untuk wedding job sekarang dah kurang..so untuk memenuhi aktiviti aku dengan kamera,aku pun dah dah beralih arah ke studio photography..mmg seronok bila main dengan lighting dan softbox ni...bila gunakan softbox ni,cahaya flash akan menjadi lebih soft..

 Softbox 60 kali 60,stand,bracket ni aku beli kat sini http://www.directphoto.com.my/ .harga waktu ni mmg murah sebab tengah buat promosi..so sapa2 yg minat,aku suggest beli ler satu...(ayat menghasut ni)hehehe...
Untuk memasangnya amatlah mudah tetapi untuk setup mini studio terpaksa gunakan 1 bilik rumah aku...
Hasil gambar menggunakan softbox ni akan diuploadkan pada entri/post akan datang...

Thursday, July 1, 2010

Kenangan Terindah dan Kenangan Terakhir Bersamanya...

Aku sebuah kereta...
Aku dilahirkan di sebuah kilang di Rawang...
Aku dibeli dan didaftarkan pada 21/4/2007...
Aku sangat berguna pada tuan aku...
Banyak kisah-kisah sepanjang aku bersama tuan aku..
Dialam percintaan,perkahwinan sehingga tuan aku mendapat anak,
Aku tak pernah menghampakannya,
Aku berkhidmat dengan penuh tanggungjawab..


21/4/2007-aku baru dibeli...

WQA 8040 adalah pengenalan aku..

Antara tuntutan alam dan keperluan manusia,
Akhirnya aku terpaksa dijual,
Kerana saiz aku tidak dapat memenuhi barangan tuan aku,
Aku berkhidmat dengan tuan aku tanpa memberikan masalah,
Hari-hari terakhirku bersama tuan aku terlalu indah,
Aku dijaga,dibelai pada hari-hari terakhirku di sisinya..
Hari terakhir aku berkhidmat di Pekan...

Aku telah mengembara sejauh ini sepanjang bersama tuan aku...

Terima Kasih Kepada Tuan Aku,
Kerana Menjagaku,
Kerana Membelaiku,
Kerana Mencuciku,
Moga Berjumpa Lagi Kalau Berkesempatan,
Terima Kasih Atas Segalanya...


Kenangan Terindah Myvi SE(2007)
WQA 8040
21/4/2007-21/6/2010