Tuesday, August 23, 2011

Janggal dan ganjil..

Permandangan biasa apabila datang ke labuan dan melihat corak pemilikan kereta disini..rata-ratanya memilih untuk memiliki kereta import yang mana harganya 33% lagi murah dari harga semenanjung.Kereta buatan negara atau kereta Proton jarang kelihatan kerana disini banyak pilihan.Amat terhina sekali apabila rakyat Malaysia sendiri menyatakan kereta Proton kelas ketiga disini.Sehinggakan `dealer showroom' disini mengatakan kereta Proton hanya layak pakai di semenanjung sahaja.

Tidaklah perlu menghina sekalipun Proton telah meningkatkan kualitinya.Jika anda mampu untuk membeli kereta import,terpulang pada anda.Tetapi janganlah sampai menghina kereta negara.Saya tidak mengatakan anda tidak patriotik,tapi itu duit anda. WTH...


*Berpijaklah pada bumi yang nyata.Ukur baju di badan sendiri...

No comments: