Image stabilisation dan vibration reduction merupakan satu ciri penting yang semakin mendapat tempat untuk peminat DSLR. Apakah maksud terma terma ini?
Image stabilisation = penstabil imej ; terma yang digunakan oleh canon
Vibration reduction = pengurang gegaran ; terma yang digunakan oleh nikon.
Kedua terma ini membawa pengertian yang sama iaitu ia merupakan satu ciri untuk mengurangkan gambar yang kabur akibat pergerakan kamera, terutamanya apabila dipegang dengan tangan.
Cara ciri ini berfungsi adalah dengan mengesan pergerakan kamera melalui gyroscope dam seterusnya menggerakkan elemen di dalam kamera dengan sangat cepat untuk menimbal balik pergerakan kamera ini.
Kebiasanyaannya lensa dengan IS atau VR akan memberikan antara 2,3 atau 4 stop timbal balik. Ini bermakna, sekiranya anda memerlukan kelajuan katupan sebanyak 1/125 saat untuk mendapat sekeping foto yang sharp, VR atau IS akan memberikan anda sehingga 1/30 atau 1/15 atau mungkin 1/8 saat untuk mendapat sekeping gambar yang sharp.
www.adhadimohd.com
No comments:
Post a Comment